MAKSUD SEKULARISME
-
berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’
yang membawa maksud masa dan tempat.
-
Masa merujuk kepada waktu kita menjalani
kehidupan manakala tempat merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata.
-
Sekular juga memberi penjelasan yang
bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan
jasmani.
-
Dari segi aspek falsafah sekular
didefinisikan sebagai sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan
nilai-nilainya mesti diasingkan daripada sebuah kehidupan manusia.
-
Sekularisme juga diterjemah dalam istilah
politik iaitu satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.
NEGARA SEKULAR
-
merujuk kepada gagasan negara yang
menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut.
-
Negara sekular ditakrifkan sebagai
kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta
menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah.
-
Pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan
hubungan diantara kerajaan dan agama seperti menggantikan undang-undang yang berdasarkan
kitab suci sama ada undang-undang syariah dan thaurat kepada undang sivil serta
menghapuskan diskriminasi berasaskan agama.
-
Pengubahsuaian tersebut juga dikenali sebagai
demokrasi dalam melindungi hak-hak golongan minoriti.
-
Penyebaran doktrin Sekular semakin berleluasa
seperti yang ditegaskan oleh George Holyoake dalam English Secularism
(1986).
-
Beliau menggariskan tiga prinsip penting
yang perlu dikira iaitu
1
Memperbaiki kehidupan dengan cara
kebendaan
2
Bahawa sains itu adalah panduan hidup
bagi manusia
3
Apa sahaja yang baik itu adalah baik
untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak
Ciri-ciri Sekularisme
1
Penafian hal-hal kerohanian
2
Penafian terhadap kewibawaaan orang-orang
yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama
3
Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
4
Menolak keimanan kepada Allah dan konsep
ibadah
5
Menjauhkan agama daripada landasan
penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang
seperti kesenian, pendidikan dan moral.
6
Pengasingan kuasa negara daripada
peraturan agama
Cara-cara Penyebaran Sekularisme
· (a) Pendidikan
1
Menghantar pelajar ke Negara luar untuk
melanjutkan pengajian
2
Menghapuskan Pelajaran Agama atas Nama
Pendidikan
3
Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing
di Negara-Negara Islam
4
Pergaulan Bebas
· (b) Media
Massa
1
Tayangan-tayangan yang terpampang di
Televisyen,Majalah dan media massa yang lain tidak membawa kepada perkembangan
ilmu pengetahuan tetapi mendorong ke arah kejatuhan akhlak Islam.
2
Contoh program yang merosakkan ilmiah
seperti filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno.
· (c) Undang-undang
1
Negara Islam yang ingin melaksanakan
undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari
pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.
2
Islam dan sekularisme tidak akan dapat
disatukan kerana kedeuanya berbeza fahaman
LIBERALISME
-
Liberalisme merupakan falsafah yang
meletakkan kebebasan individu sebagai perkara paling utama dan menekankan
hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Beberapa prinsip Liberalisme
adalah;
1
Kebebasan berfikir dan bersuara.
2
Batasan kepada suara kerajaan.
3
Kedaulatan undang-undang.
4
Hak individu ke atas harta persendirian.
5
Pasaran bebas.
6
Ketelusan sistem pemerintahan.
MODENISME
-
merupakan proses transformasi atau perubahan
dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil
daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan
autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni
kebudayaan Sepanyol.
-
Humanisme menanggap bahawa manusia
adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha Agong.dialah
yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.
Ciri-ciri Humanisme
1
Percampuran
bebas
2
Penggunaan
istilah-istilah yang mengelirukan
3
Penukaran
peranan antara lelaki dan perempuan
4
Gerakan
pembebasan wanita
5
Kaunseling
berkelompok
6
Pendidikan
seks